Sunday, August 4, 2013

******* 19 TANDA KEMATIAN YANG MULIA (KHUSNUL KHOTIMAH) ********



Pertama: Mereka yang dapat mengucapkan syahadah menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis sahih, antaranya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang ucapan terakhirnya ‘Laa ilaaha illallah’, maka dia masuk syurga.” (Hadis Hasan)

Ke-2: Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh berdasarkan hadis Buraidah bin Hushaib r.a: Dari Buraidah bin Khusaib RA bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: “Allahu Akbar!, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kematian seorang mukmin disertai keringat di keningnya.” (Hadis Sahih)

Ke-3: Mereka yang (baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada malam Jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Tidaklah seorang Muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah melindunginya daripada seksa kubur.”

Ke-4: Meninggal dalam keadaan syahid di medan perang sebagaimana ertinya: “Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepada mereka dan memberi khabar gembira kepada orang yang belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan sedih. Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan kurniaNya dan bahawa Allah tidak mensia-siakan balasan bagi orang-orang beriman.” (QS Ali Imran:169-171)

Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Orang yang syahid mendapatkan enam perkara: Diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama; diperlihatkan tempatnya dalam syurga; dijauhkan dari seksa kubur; diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari kiamat; dipakaikan mahkota keimanan; dinikahkan dengan bidadari syurga; diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya.”

Ke-5: Mereka yang meninggal dunia ketika berjuang di jalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Apa yang kalian nilai sebagai syahid antara kalian? Mereka berkata: Ya Rasulullah, siapa yang terbunuh di jalan Allah, maka dia syahid. Beliau berkata: Jadi sesungguhnya syuhada’ umatku sedikit.” Mereka berkata: “Lalu siapa mereka Ya Rasulullah?” Baginda bersabda: “Barang siapa yang terbunuh di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati kerana wabak taun syahid, barang siapa yang mati kerana penyakit perut syahid dan orang yang tenggelam syahid.”

Ke-6: Mati kerana satu wabak penyakit taun berdasarkan beberapa hadis antaranya: Rasulullah SAW bersabda: “Wabak taun adalah kesyahidan bagi setiap Muslim.”

Ke-7: Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadis di atas.

Ke-8 dan ke-9: Mereka yang mati kerana tenggelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi SAW: “Syuhada ada lima: yang mati kerana wabak taun, kerana penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid di jalan Allah.”

Ke-10: Matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya: Dari Ubadah bin Shamit RA bahawa Rasulullah SAW menjenguk Abdullah bin Rawahah RA dan berkata: Beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: “Tahukah kamu siapa syuhada’ dari umatku?” Mereka berkata: “Terbunuhnya seorang Muslim adalah syahid.” Baginda berkata: “Jadi sesungguhnya para syuhada’ umatku, terbunuhnya seorang Muslim syahid, mati kerana wabak taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid (ditarik oleh anaknya dengan tali arinya ke syurga).”

Ke-11 dan ke-12: Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada di tulang rusuk, ada beberapa hadis yang terkait yang paling masyhur: Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’: “Syuhada’ ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah: yang mati kerana wabak taun syahid; yang tenggelam syahid; yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid; yang sakit perut syahid; yang mati terbakar syahid; yang mati terkena runtuhan syahid; dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid.”

Ke-13: Mereka yang mati kerana sakit TB berdasarkan hadis: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Terbunuh di jalan Allah syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati kerana sakit perut syahid.” (Hadis Hasan)

Ke-14: Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadis di antaranya: Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya (dalam riwayat: barang siapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh,) maka dia syahid.”

Ke-15 dan ke-16: Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya: Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana darahnya syahid.”

Ke-17: Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga-jaga di perbatasan) di jalan Allah. Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya: Rasulullah SAW bersabda: “Ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamullail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan diamankan dari fitnah.”

Ke-18: Mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang mengucapkan: ‘Laa ilaaha illallah’ mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk syurga, barang siapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barang siapa yang bersedekah dengan satu sedekah mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga.”

Ke-19: Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat kepadanya: Rasulullah SAW bersabda: “Penghulu para syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuhnya.” Hadis dikeluarkan oleh Al-Hakim dan disahihkannya, dan Al Khatib.

Semoga kita dimatikan di dalam Khusnul Khotimah dan dijauhkan kematian di dalam Suul Khotimah. Amien, Ya Rabbal ‘Alamin...

Friday, May 24, 2013


SEBELUM KITA MENCINTAI SESEORANG

"Pesan pada DIRI.. Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi.. Pada insan yang tak mengerti.. Kerana, sekali kau memberi, selamanya dia di HATI.. Kerana, sekali kau dilukai, sampai bila-bila tetap kau ingati..Pesan lagi pada diri, hati-hatilah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI."

~..Jodoh tiada kaitan dengan KETURUNAN..hanya belum sampai masanya..ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang, jika panjang jambatannya JAUHLAH PERJALANAN kita, di sepanjang jambatan ia dipenuhi dengan CABARAN dan DUGAAN..ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat..dan ada yang sebaliknya..~

>>> Usahlah MEMANDANG semua dengan pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dengan PANDANGAN HATI..kita bukan saja dapat melihatNya di mana-mana tetapi dapat MERASAI rahmat kurniaanNya juga..Allah Maha
Mendengar..(✿◠‿◠)

Saturday, May 18, 2013

Jika Anda Terjaga Di Tengah Malam





1. Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah s.w.t. Allah s.w.t. kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah.

Berbuatlah

Waktu macam ni doa makbul... Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibubapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat." Kemudian sambung kembali 'ibadah senyap'.....tidur semula...

atau

Sebaik menyedari sudah pukul 3 pagi, segera bangun untuk solat tahajud.... Sembahla h Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia... dan berdoalah saat doa didengari Allah..."Sesungguhnya Allah s.w.t. berada di langit dunia di sepertiga malam yang terakhir..."..(Hadith Nabi s.a.w.)...utk mendengar doa' dari hamba2Nya....

Firman Allah s.w.t. :"Hai orang yang berselimut...Bangunlah utk solat di malam hari, kecuali sedikit daripadanya....iaitu seperduanya, atau kurangilah dari seperdua itu sedikit... atau lebih dari seperdua itu..Dan bacalah Al Quran dengan perlahan2...Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat... Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat utk khusyuk, dan bacaan di waktu itu lebih berkesan..." (Al Muzammil ayat 1 - 6)...

Thursday, April 25, 2013

Beberapa Penemuan Saintifik Melalui Berwuduk:


1. Apabila air dingin melalui tubuh yg letih ia mampu melancarkan peredaran darah membuatkan tubuh lebih segar.

2. Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus.

3. Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktivit hormon estrogen sekaligus meningkatkan tahap kesuburan.

4. Boleh memperbaiki jaringan kulit dan buat kuku lebih sihat dan kuat.

5. Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion2 negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan berseri.

~sape nak wajah cerah berseri-seri rajin-rajin lah ambil wuduk. Siapa yang nak anak rajin-rajinlah berwuduk, siapa yang selalu malas nak jadi rajin, rajin-rajin lah berwuduk, siapa yang nak kulit cantik dan tulus rajin-rajinlah ambil wuduk...

~dan siapa nak wajah bercahaya maka amalkan lah wuduk di badan sentiasa. Tidakkah kita ingin bersama dengan Rasulullah di padang Masyhar yang mana kita tahu baginda dan umatnya berseri-seri dan bercahaya disana. Wallahualam.

1001 Sirah Nabi Muhammad

Tujuh Amalan Sunnah Rasulullah S.A.W








Wednesday, April 24, 2013

Dari Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; “Saya sedang berjalan dengan Rasulullah SAW lalu Baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. 
Baginda SAW berkata,“Wajiblah.” 
Saya bertanya kepadanya, “Apa yang wajib Ya Rasulullah?”
Baginda SAW menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).”

Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa membaca ‘Qul HuwAllahu Ahad’ (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 11 kali, dikurniakannya satu mahligai indah di syurga.” (HR.Ahmad dan Muadz bin Anas).

Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul HuwAllahu Ahad’ sebanyak 51 kali setiap hari, nescaya dibangunkan dari kuburnya terus ke syurga.”

Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.” (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi)

Thursday, April 18, 2013

MARI BELAJAR SEDIKIT BAHASA ARAB"



* Salam ukhwah fillah : Salam persahabatan kerana Allah ..
* Ukhti : Kakak @ saudara perempuan ..
* Akhi : Abang @ saudara lelaki ..
* Zauj : Suami ..
* Zaujah : Isteri ..
* Assif jiiddan : I"m really sorry ..
* Syukran afwan : Terima kasih / Sama-sama ..
* Ukhuwwah fillah abadan abada : Persaudaraan kerana Allah selama-lamaNya ..
* Fa"iza azamta fatawakkal"alAllah : Setelah kamu berazam maka bertawakkalLah ..
* Iinni akhafullah : SesungguhNya aku takutkan Allah ..
* Mafi qalbi ghairullah : Tiada apa di dlm hati selain Allah ..
* Lau samahta : Excuse me ..
* Naltaqi ghadan : Kita jumpa lagi esok ..
* Ilalliqa : Moga bertemu lagi ..
* SyafaakAllah : Moga Allah menyembuhkan Awak (Lelaki) ..
* SyafaakIllah : Moga Allah menyembuhkan Awak (Perempuan) ..
* Taffadhol : Silakan ..
* La"aadri : Saya tak tahu ..
* Mafi musykillah : Tiada masalah ..
* Bitaufiq wannajah : Semoga mencapai kejayaan ..
* JazakAllahu khairan kathira : Semoga Allah memberi / menambah kebaikan yg banyak kepadaMu ..
* Wa"iyyaka : Dan keatas kamu juga (Jawapan utk jazakAllahu khairan kathira) @ Allahu"khairujaza : Allah adalah sebaik-baik pemberi ..
* Fahimtum : Adakah anda faham ?
* Fahimna : Kami telah faham ..
* Sobahalkhair : Selamat pagi ..
* Ijtahid wala taksal : Bersungguh-sungguh dan janganLah kamu malas ..
* La"tahzan innAllaha ma"ana : JanganLah bersedih, sesungguhNya Allah bersamaMu ..
* Kafaa bilmauti waa"izhan : CukupLah kematian itu menjadi peringatan ..
* Bi"idznillah, insyaAllah kull khayr ! Ameen, BarakAllahu fiek : Dengan izin Allah, insyaAllah semuaNya baik ! Aamiin, semoga Allah merahmati kamu ..
* Masa ul"khair : Selamat petang ..
* Tushibu alal"khair : Selamat malam ..
* Na"am : Ya ..
* Yallah yallah bisura"h : Mari-mari cepat (Lekas2) ..
* Ismahli ya ustaz / ustazah, uridu an azhaba ilal dauratul miah ? : Tumpang tanya wahai ustaz / ustazah, bolehKah saya ingin ke bilik air ..
* Sannah helwah : Selamat hari lahir ..
* Ana aidon : Saya juga ..
* Ma"as salamah : Selamat tinggal ..
* Ala"a khoirin wa"afiyyah : Dalm keadaan baik dan sihat ..
* Nin sain ? : Kamu ada dimana ? ..
* Ayyuhidma alaik : Apa yg boleh saya bantu ..
* BarakAllahu fiek : Semoga Allah memberkati kamu ..
* Dai"e : Pendakwah ..
* Allah ghoyatuna : Allah tujuan kami ..
* Ar-Rasul qudwatuna : Rasul teladan kami ..
* Al-Qur"an dusturna : Al-Qur"an panduan kami ..
* Al-Jihad sabiiluna : Jihad jalan kami ..
* Al-Mautu fi"sabilillah asma amanina : Syahid cita tertinggi kami ..
* InnAllaha ma"ana : SesungguhNya Allah bersama kami ..