Tuesday, August 9, 2011

Teka-Teki Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ? ‘
Murid1= Negeri Cina ‘
Murid2= Bulan ‘
Murid3= Matahari ‘
Murid4= Bintang-bintang ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU . Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama ‘.

Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling besar didunia ini ? ‘
Murid 1 = ‘ Gunung ‘
Murid 2 = ‘ Matahari ‘
Murid 3 = ‘ Bumi ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A ‘ raf: 179)…. Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka. ‘

Imam Ghazali ‘ Apa yang paling berat didunia? ‘
Murid 1 = ‘ Baja ‘
Murid 2 = ‘ Besi ‘
Murid 3 = ‘ Gajah ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah. ‘

Imam Ghazali = ‘ Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ‘ Orang tua ‘
Murid 2 = ‘ Guru ‘
Murid 3 = ‘ Teman ‘
Murid 4 = ‘ Kaum kerabat ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI .. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185)…

Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling ringan di dunia ini ? ‘
Murid 1 = ‘ Kapas ‘
Murid 2 = ‘ Angin ‘
Murid 3 = ‘ Debu ‘
Murid 4 = ‘ Daun-daun ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ‘

Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? ‘
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ‘ Pedang ‘
Imam Ghazali = ‘ Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri ‘

p/s : Sekadar renungan dan perkongsian bersama…..

Thursday, August 4, 2011

Info Mengenai Warna

WARNA APAKAH YANG SESUAI UNTUK ANDA???

Apakah anda berkulit puteh pasti mudah sahaja anda memilih warna baju, tetapi bagaimana jika kulit anda gelap? Mungkin anda tertanya-tanya apakah warna yang sesuai untuk diri anda. Semak tip berikut supaya anda tidak salah memilih warna.

IKUT BEBERAPA TIP DI BAWAH INI:

KULIT PUTIH : Sangat sesuai untuk mereka menggayakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau merah jambu lembut. Bagaimanapun warna lain juga sesuai untuk dipakai.

KULIT KUNING LANGSAT : Warna tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning, dan biru adalah merupakan pilihan yang terbaik.

KULIT SAWA MATANG : Pilihlah warna ungu, tosca atau maroon agar anda kelihatan lebih menarik.


KULIT GELAP: Gunakan pakaian menggunakan warna tanah yang lembut.

Wednesday, August 3, 2011

NiLai PerSaHaBaTaN...........


Dahulu....
Dari kaca kita garap permata
Dari rindu kita semaikan sayang
Dari kasih kita lontarkan pilu
Dari mata kita tuluskan ke hati
Dari bicara kita maniskan kata
Kita simpul segalanya
Menjadikan ianya mahkota mulia

Sekarang……………..
Kemesraan mula ketandusan

Menguji kesabaran
Kehambaan hati menjadi
jemputan
Hadirlah kedukaan
Jenguklah kesengsaraan
Datanglah segalanya
Kita tewas mencaturnya
Maka terbinalah haluan sendiri

Kini…..
Pada Allah kita pohon ihsan
Jangan lagi mencecah hati
Biarkanlah kami bersendirian
Untuk menghadapi sendiri
Liku hidup yang ditakdirkan
Agar keiklasan ikatan yang
dijalani

Takkan terpadam atas alas an
Membina kehidupan
Yang lebih beerti…..