1)Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari 
orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih 
sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan 
bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta 
sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada
 orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa 
memberi sebarang nilai-itulah perempuan.  
2)  Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. 
Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau
 paling minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di 
hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia 
merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.  
3)  Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.  
 
4)  Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka.
 Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya 
hari ulang tahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada 
orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul
 menyayanginya.  
5)  Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin
 melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta 
bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak 
sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu 
menonjolkan ke'macho'an kamu!.  
6)  Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka.  
7)  Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.  
8)  Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.  
9)  Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan.
 Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak 
suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, 
kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita orang lain'
 kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk 
memenangi hati mereka.  
10) Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka.
 Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu 
dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam 
terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada
 suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa
 dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah
 yang timbul dalam keadaan yang terkawal. Cari sebab mengapa ia terjadi 
dan bawa berbincang. Di tahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi 
amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin
 kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif 
contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!
Friday, August 31, 2012
Saturday, August 25, 2012
Jika Aku Jatuh Cinta
Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...
Amin….
Subscribe to:
Comments (Atom)
