*  Banyak cabaran nak pastikan amalan solat kita dalam keadaan 
‘tip-top’, antaranya solat di awal waktu. Disertakan fakta sains sebagai
 motivasi untuk kita lebih bersungguh mematuhi waktu yang disusun oleh 
Allah Yang Maha Mengetahui apa yang baik buat hambaNya.
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga 
alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. 
Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing 
bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Sebagai contoh, pada waktu subuh alam berada dalam spektrum warna 
biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi 
sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh 
mempunyai 
rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang 
kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara 
berulang-ulang kali, lama kelamaan akan
 menghadapi masalah komunikasi 
dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap 
oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum 
(keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada 
tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat 
diawal waktu. Bermulanya saja azan subuh, tenaga alam pada waktu itu 
berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh 
melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang 
terlewat subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum 
lagi.
*   Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan
 kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zuhur. Spektrum warna 
pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan 
dengan 
sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang 
berkaitan dengan keceriaan. Jadi 
mereka yang selalu ketinggalan atau 
terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi 
masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit 
perut ceria tak ?
*  Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya 
waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan 
frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem 
reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap 
tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi 
kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu
 …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh 
organ-organ reproduktif kita.
*  Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini
 kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar 
rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri 
frekuensi 
jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu 
ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang
 dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini 
(solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku
 pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. 
Rahsia waktu Maghrib 
atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
*  Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan 
seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan
 rahsia 
ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem 
kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada 
dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu 
tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana 
keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, 
alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan 
seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar 
pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit 
kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. 
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini 
dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta 
seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap 
tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
*  Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan
 syariat solat oleh Allah s.w..t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana 
hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan 
kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat 
pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya 
ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan 
manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin 
dalam menghadiri kelas taichinya.
Allah is The Great!! Allah is The All-Knowing!! We are so blessed to 
be muslim and to be allowed to see Ramadhan again this year….
“Then which of the favours of your Lord will ye deny?”
“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”
Semoga dengan sedikit perkongsian ini kita semua akan lebih BERSYUKUR
 kerana kita dilahirkan sebagai hambaNya dan sebagai ummat Islam. 
Sesungguhnya kekuasaanNya tiada tolak bandingan.
Sumber: Facebook Mayee Nazrich MN