1)Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari
orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih
sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan
bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta
sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada
orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa
memberi sebarang nilai-itulah perempuan.
2) Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang.
Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau
paling minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di
hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia
merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.
3) Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.
4) Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka.
Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya
hari ulang tahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada
orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul
menyayanginya.
5) Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin
melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta
bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak
sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu
menonjolkan ke'macho'an kamu!.
6) Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka.
7) Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.
8) Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
9) Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan.
Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak
suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan,
kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita orang lain'
kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk
memenangi hati mereka.
10) Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka.
Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu
dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam
terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada
suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa
dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah
yang timbul dalam keadaan yang terkawal. Cari sebab mengapa ia terjadi
dan bawa berbincang. Di tahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi
amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin
kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif
contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!
Friday, August 31, 2012
Saturday, August 25, 2012
Jika Aku Jatuh Cinta
Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...
Amin….
Friday, June 1, 2012
Cinta Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang yang salah??
Memang sakit bila cinta yang kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yang bernama kekasih apatah lagi kita dibuang begitu sahaja...tp itu jugalah petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
1.Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNya.
2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.
4.Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang terbaik, khas untuk diri kita.
5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar Allah Maha Pemurah & Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukan pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa akan datang.
6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya.
8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama ALLAH.
9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal.
Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pon kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
Percayalah ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNya yang menadah tangan dengan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.
<3 <3
Sunday, April 29, 2012
Friday, March 30, 2012
~ People Born in :
January ♥ are bold and alert
February ♥ are lucky and loyal
March ♥ are Naughty and Genius
April ♥ are caring and strong
May ♥ are Loving and practical
June ♥ are Romantic and curious
July ♥ are Adventurous and honest
August ♥ are Active and hardworking
September ♥ are Sensitive and pretty
October ♥ are Stylish and friendly
November ♥ are Nice and creative
December ♥ are Confident and freedom loving
which one is yours ????

~SaBaR iTu InDaH~
SABAR itu indah kerana ia adalah bunga-bunggaan dari
keimanan kita yang sebenar. Harumannya adalah kepasraan memandang baik terhadap
segala keputus asaan disamping menyakini segala hikmah yang tersembunyi di
sebaliknya. Kelopaknya diwarnai dengan ketabahan, ketenangan, keteguhan
jiwa melambang kan kepuasaan terhadap qada dan qadar.
"Dan jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu" Surah Ali-Imran ayat 120.
Seperti cerita ekor anak kerang yang menangis lalu dia mendatangi ibunya: “Ibu... aduh!..sakitnya punggungku ditebuk dan dilukai oleh orang itu ” lalu si anak pun menghampiri ibunya. Dengan penuh kasih sayang sang ibu cuba menghiburkan anaknya: “bersabarlah wahai anak ku, sakit mu itu akan sembuh sebentar lagi, mari ibu usapkan punggungmu...” l.
Si anak pun terhibur dengan usapan lembut ibunya itu tetapi usapan itu sebenarnya tidaklah menghilangkan rasa sakit di punggungnya namun hatinya terubat dengan kelembutan suara ibunya yang merdu.
Hari berganti hari, tahun berganti tahun sianak masih lagi merasakan kesakitan itu di punggungnya namun si ibu tetap menyuruh anaknya bersabar. “bersabarlah wahai anakku..sebentar saja lagi rasa sakit itu akan hilang.....” begitulah seterusnya, lama kelamaan anak kerang itu terbiasa dengan kesakitan di punggungnya itu.
Suatu saat bila dia sudah dewasa, benih mutiara yang disemai di dalam tubuhnya di keluarkan lalu diproses menjadi barang hiasan yang sangat mahal dan dijual di merata tempat di seluruh dunia.
Alangkah beruntungnya sang mutiara yang hidup di atas penderitaan anak kerang itu...tiba-tiba menjadi rebutan dan lambang kemewahan dan kemegahan bagi setiap wanita yang berada.
Rasa sakit yang ditanggungnya selama ini terbayar bila dirinya dihargai, inilah ganjaran dari kesabaranya menanggung segala keperitan dan bukan semua anak kerang boleh melakukan pengorbanan yang begitu tinggi.
Sabar itu sesungguhnya indah....dengan kesabaran menepis segala fitnah, cacian, kedengkian orang yang cuba menjatuhkan maruah kita akan menaikan semangat untuk terus berusaha. Kadangkala rasa sakit itu luar biasa dan ada yang boleh menyebabkan kita berputus asa. Namun kita lihat ketabahan anak kerang itu tadi menjadi contoh bertapa ia sabar menahan kesakitan itu walaupun rasa sakitnya itu amat menghimpit kulitnya.
Sabar itu indah namun kita perlukan iman serta takwa terhadap Allah swt. Tanpa iman dan takwal kepada Allah swt amatlah sukar untuk kita menghadapi ujianya kerana ujian itu datang dalam berbagai bentuk. Ada yang mudah dan ada yang sukar. Namun semuanya menambahkan ilmu untuk kita mengenal dunia untuk mencari makna hidup yang sebenar....kata Allah:
“Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar....Mereka yang sabar itu akan diberi dua kali ganda pahala disebabkan kesabaran mereka....” (al-Qashash:54)
Sebenarnya tidak ada yang paling sukar di dalam dunia ini selain bersabar kerana sabar itu merupakan satu kerja yang unik seperti menahan keinginan terhadap sesuatu ataupun apa saja yang kita ingini.
Sabar juga diperlukan jika kita ingin melakukan sesuatu yang sangat penting contohnya bila terjebak ke alam keputusasaan dan fikiran kita sudah buntu. Kita perlu bersabar untuk menyelesaikan setiap masalah itu sehingga selesai.
Begitu juga jika seseorang itu ingin berdakwah dan ingin menyampaikan nasihat kepada seorang yang degil dan keras kepala. Ada di antara mereka tidak mahu menerima nasihat dan teguran, lalu berkata: “ Apa kau peduli? kubur kita lain-lain.....dosa tanggung sendiri..” Tapi mereka lupa yang memandikan jenazah mereka siapa ? menyembayangkan jenazah, membacakan Yassin...Siapa?....Orang lain bukan?
Nah! Ertinya sabar itu, perlukan hati dan jiwa yang kental untuk menghadapi segala ujian seperti ini. Kadang-kadang ianya menyakitkan hati dan boleh menyebabkan kita jadi marah.
Sabar juga akan membuatkan kita bahagia bila semua yang kita perjuangkan mencapai hasilnya. Kita tersenyum melihat pencapaian anak-anak contohnya, sehingga air mata mengalir bila teringat macamana kita mendidik mereka dengan sabar.
Sabar adalah cermin keperibadian seseorang, ianya melambangkan kekuatan jiwa menempuh semua masalah yang kita hadapi.Ada juga orang yang membunuh diri kerana ketidaksabaran. Hanya dengan bersabarlah kita boleh menempuhi semua kejayaan.
Sekian dulu buat kali ini, apa pun saya berpesan: “Dalam hidup ini jangan terlalu banyak perhitungan dan kikir terhadap apa yang kita miliki sehingga menjadi insan yang tercela dan dijauhkan dari rahmat Allah swt.
Wassalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)