1)Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari
orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih
sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan
bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta
sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada
orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa
memberi sebarang nilai-itulah perempuan.
2) Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang.
Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau
paling minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di
hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia
merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.
3) Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.
4) Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka.
Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya
hari ulang tahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada
orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul
menyayanginya.
5) Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin
melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta
bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak
sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu
menonjolkan ke'macho'an kamu!.
6) Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka.
7) Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.
8) Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
9) Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan.
Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak
suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan,
kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita orang lain'
kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk
memenangi hati mereka.
10) Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka.
Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu
dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam
terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada
suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa
dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah
yang timbul dalam keadaan yang terkawal. Cari sebab mengapa ia terjadi
dan bawa berbincang. Di tahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi
amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin
kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif
contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!
No comments:
Post a Comment