Friday, March 29, 2013


Kematangan adalah satu persoalan yang subjektif untuk dibincangkan. Kebiasaannya, kematangan seseorang itu boleh dinilai melalui percakapan, gaya tubuh, dan cara pergaulan. I percaya yang ramai rakan-rakan sebaya seperti adik yang masih tercari-cari erti matang.
Jika  betul-betul ingin menjadi matang, ini adalah antara tips2 nya...:
1. Bergaul dengan orang yang jauh lebih dewasa
- You takkan matang sekiranya hanya berkawan dengan rakan yang sebaya dengan you sahaja. Keluarlah dari kepompong dan bergaullah dengan orang sekeliling yang berbeza level dengan you. Ambil teladan yang baik daripada persahabatan dan tidak sombong untuk mendengar pendapat orang lain.
2. Menambah ilmu
- Tidak dinafikan ilmu pengetahuan ialah elemen penting yang membentuk sahsiah dan perwatakan seseorang itu kearah yang lebih baik. Ilmu akademik mahupun kerohanian adalah sama penting dan perlu dititikberatkan.
- Menonton rancangan ilmiah atau dokumentari di televisyen juga salah satu bentuk pendidikan.
3. Membaca surat khabar
Maksudnya membaca keseluruhan isi akhbar itu dan bukan kolum hiburan atau sukan sahaja :P
4. Merubah gaya ber-SMS
Elakkan bertanya soalan-soalan menjemukan seperti “awak sudah makan?, makan apa?”, “awak betul-betul sayang saya?” atau soalan yang ekstrem seperti “apa nama anak sulung perempuan kita nanti?”, dan sebagainya
Maturity is a matter of time. Tidak perlu terlalu memaksa untuk menjadi dewasa kerana ia akan datang sendiri daripada pengalaman hidup. Contoh, jika semasa kanak-kanak, you tak perlu hiraukan masalah di sekeliling you dan hanya tahu bermain. Sekarang you sebagai anak gadis, perlu membahagiakan ibu bapa dan keluarga. Inilah yang dinamakan tanggungjawab. Dan tanggungjawab inilah mendewasakan you dari semasa ke semasa.
p/s: Jangan gopoh menjadi ‘tua sebelum usia’ kerana waktu remaja hanya datang sekali sahaja dan tak dapat diulang kembali. :)

~Jika Aku Pilihanmu~

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Pimpinla aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.
Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Tutupla matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.
Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
Hentikanlah madah2 terindahmu untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku,
Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.
Jika kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.
Jika kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
Ketahui la,
Aku akan memilihmu keranaNya.
Saat itu ialah apabila aku tahu,
Kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana Dia”
Hati ini mudah tergoda nafsu, sering terikut kehendak melulu.  Terkadang risauku pencarianku bertemu buntu dan bimbangku jua akan aku turut terkeliru, jika suatu masa nanti di hadapan ku dua simpang yang berbeza tuju.  Takut-takut yang ku pilih adalah mengikut pujukan syaitan yang merayu.  Khuatir ku pilih bukan yang didasari iman yang padu.
Ya Allah,tutuplah mata ini dari memandang seseorang kerana dunia yang ada padanya.  Biarkan mata hatiku berbicara tatkala insan yang Kau reda dan yang ku tunggu sudah tiba~

http://akuislam.com/blog/renungan/jika-aku-pilihanmu/ 

Saturday, March 2, 2013

Cantik Salah, Tidak Cantik Pun Salah


erm tertarik dengan ayat nie ble bace artikel " cantik salah, tak cantik pun salah "

Kenapa kita diberi hidung yang tidak mancung? kerana mungkin hidung mancung tidak sesuai dengan mata kita yang relatif bundar. Kenapa kita diberi mata yang bundar, kerana itu lebih sesuai dengan wajah kita yang berbentuk bulat. Syukuri, kembalikan semuanya pada Allah SWT, insyaallah segala kegelisahan akan terpadam"





“Dik, kamu harus pakai tudung. Wajah kamu cantik, boleh mengundang lelaki untuk memandang..”
MUNGKIN ungkapan itu pernah anda terima daripada seorang teman. Sebuah nasihat yang bersulam rasa keikhlasan daripada seorang teman, bukan perintah ataupun cemuhan. Memang, menjadi wanita yang cantik bukan perkara yang mudah. Mereka sering dipersalahkan menjadi punca apabila ada lelaki yang gagal menundukkan pandangan lantaran terpasung oleh kecantikan muslimah itu.
Muslimah pada zaman moden ini rata-ratanya memang mempunyai rupa fizikal yang cantik. Kulit putih, gigi yang rapi, mata yang berkaca, senyuman yang manis dan ditambah pula dengan kehadiran pelbagai jenis fesyen muslimah sekarang ini menjadi bukti kecantikan seseorang. Kecantikan seorang muslimah boleh menangkap dan menyita pandangan setiap lelaki, lantas hati terpikat dan terpanggil untuk memiliki pemilik seraut wajah yang indah bak purnama itu.
Maka tidak hairanlah apabila kaum muslimah sering  mendapat godaaan, sama ada berupa ucapan bernada perhatian, ungkapan luahan cinta berupa SMS dan miscall. Tapi apakah itu semua adalah salah mereka? Apakah ini semua berlaku lantaran kesilapan mereka kerana mempunyai wajah yang memikat? Sedangkan semua kecantikan itu adalah anugerah daripada Allah SWT, dan mereka hanya memelihara amanah kecantikan itu dengan sebaik mungkin.
Mereka lahir dengan fizikal yang lebih baik dari yang lain. Itu adalah sebuah nikmat bagi mereka. Sebuah kurnia Allah SWT untuk hambaNya, mungkin juga untuk menguji keimanan dan ketakwaannya. Maka jangan salahkan mereka apabila mereka cantik. Yang harus dipersalahkan adalah orang-orang yang masih nekad menggodanya, yang tidak terkawal keimanannya, yang tertewas dengan kecantikan yang dikurniakan Allah SWT terhadap seorang muslimah.
Sementara itu, disebalik dugaan yang melingkari muslimah-muslimah yang cantik, mereka yang tidak cukup menawan wajahnya pula kadangkala terjebak dengan perasaan rendah diri yang teruk. Mereka berasa malu untuk bermasyarakat dan terlibat dengan aktiviti sosial. Selalu merasakan diri banyak kekurangan. Diri terasa amat tidak sempurna dan membataskan diri untuk tampil dengan penuh keyakinan. Kurang  cantik, kurang manis, kurang menarik dan kurang segalanya berbanding orang lain sehingga diri terasa  begitu terpinggir dari arus kehidupan yang sepatutnya. Perasaan seperti ini akan membenamkan jiwa kita lebih dalam ke dasar rasa rendah diri yang berlebihan.
Inilah antara perasaan yang tidak harus hadir dalam hati kita. Inilah perasaan yang seharusnya kita lupuskan daripada hati kita. Kita tidak perlu merasa iri hati terhadap orang lain. Setiap insan telah ditetapkan rezeki masing-masing oleh Allah SWT, dan setiap kurniaan itu mempunyai hikmahnya tersendiri yang mungkin sahaja tidak terfikir oleh akal kita.
Kenapa kita diberi hidung yang tidak mancung? kerana mungkin hidung mancung tidak sesuai dengan mata kita yang relatif bundar. Kenapa kita diberi mata yang bundar, kerana itu lebih sesuai dengan wajah kita yang berbentuk bulat. Syukuri, kembalikan semuanya pada Allah SWT, insyaallah segala kegelisahan akan terpadam
“Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat rupa fizikal kalian akan tetapi Allah SWT melihat hati dan kalian” [HR Muslim]
Allah SWT tidak akan melihat halusnya kulit kita, tetapi melihat kedaman iman kita. Allah SWT juga tidak akan melihat seberapa licinnya dahi kita, tetapi melihat kepada seteguh mana iltizam kita memperbaiki segala ama agar ia lebih sempurna. Allah SWT juga tidak melihat kepada betapa hebatnya lentur tubuh kita, sebaliknya tebal ketakwaan yang lebih diperhatikan Allah dalam menilai dan memberikan kedudukan kepada setiap hambaNya.. :)

mari kita renung2kan gambar ini..
Sumber:
1. Ustaz Burhan Sodiq ( Buku berjudul : Engkau Memang Cantik )


dari: http://akuislam.com/blog/renungan/cantik-salah-tidak-cantik-pun-salah/#ixzz2MOgnUITJ