Tuesday, October 16, 2012

~* Hidayah itu perlu dicari bukan dinanti. Berbicaralah denganNya biarpun tanpa suara. Ketika kehidupan memberi kita seribu alasan untuk menangis, tunjukkan bahawa kita mempunyai sejuta alasan untuk tersenyum. Nikmati setiap detik waktu dan akhiri kelelahan hari ini dengan keikhlasan. Indahnya kehidupan bukan kerana seberapa banyak orang yang mengenali kita namun seberapa banyak orang bahagia mengenali kita. Novel hidup setiap insan berbeza-beza. Punya kisah jatuh dan bangunnya yang tersendiri. Seteruk dan sehebat mana pun kita, jangan lari jauh dari ALLAH. Hadapilah ujian hidup dengan mencari maksud disebalik takdir-takdir ALLAH itu. Dengarlah suara tarbiyah dan dakwah yang berbisik setiap kali kita diuji. Kebaikan dan keburukan hanya penilaian setiap insan tetapi disisi ALLAH apa yang ditakdirkan adalah satu kebaikan..

~Peringatan Bersama~ :') 


No comments: